Monday 21 February 2011

ku cuba trima semuanya..

Aku pernah terbang tinggi.. Menggapai kebahagian yang aku rasakan,  aku akan terus bhgia..  Aku mampu melupakan kisah silam  dan menggapai sinar yang aku cari..
Aku mula belajar hidup diluar perhatian mak dan ayah.. aku belajar mengenali dunia asing buatku... Namun, ini bukanlah peluang untuk aku untuk alpa pada asalku..
Aku mula mengenali insan2 yang kini banyak mewarnai rencah hidupku sebgai seorang pelajar.. Bergelar mahasiswi memberi aku ruang untuk melangkah selangkah lebih jauh..
Aku mula hidup untuk bersama kawan, teman dan sahabat.. Perkenalan dengan insan2 yang memberi ruang untuk aku membuang dendam lama yang terpasak dalam diari hidupku.. dendam seorang nisa’ terhadap seorang rijal..
Telah ku kikis segala memori tentang rijal ini dan telah kuampunkan dosanya terhadap diriku.. namun, apa yang terjadi kadang kala  menjadi igauan dalam  diri ini… sehingga pernah terdetik dalam diri ini, pergilah wahai golongan adam dari hidupku.. dari sini aku membataskan hbungan aku dengan lelaki..
Namun, ku cuba padamkan memori itu.. aku mula belajar menerima lelaki.. Di sinilah aku memulakan bicara dengan insan2 yang aku tidak pernah bersua, laman sembang di internet mengajar aku mengenali hati golongan adam seterusnya membunuh rasa tidak percaya aku pada lelaki,,,
Rasa takut untuk mengenali lelaki dapat kukikis pabila aku mula rapat dengan beberapa insan di laman sembang..  Ku hulurkan kasih sebagai teman, kawan, sahabat, kakak dan adik.. Ku hanya mengharapkan satu ikatan persahabatan yang ikhlas dan jujur..Kerna ku yakin, persahabatan boleh dijalin tanpa mengenal erti jarak.. sejauhmana pun kita, persahabatan yang di bina x akan terputus di situ sahaja..
Kebahagiaan yang aku ada, aku kongsi dengan teman2 rapat, Bagiku, kebahagiaan aku, kebahagiaan mereka juga.. setiap kali aku gapai bahagia itu, aku alpa, bhawa suatu hari aku perlu jejak ke lembah penderitaan dan kesedihan.. aku terlalu leka dengan apa yang aku ada.. janji2 yang dilafazkan aku jadikan sebagai penguat pabila aku tersungkur… akan aku pegang segala janji2 yang pernah dilafazkan oleh mereka..
Ku juga pernah jatuh tersungkur ke bumi.. kebhgiaan yang ku gapai bukan untuk selamanya.. aku juga pernah diulit mimpi resah dan diselubungi rasa kecewa. Kecewa dengan mereka yang pernah aku hulur kasih.. dari sini ku sedar.. kasih yang ku hulur, ada kalanya x bersambut, ada juga yang dilepaskan semula selepas disambut.. di sini ku belajar, terlalu mudah untuk kita bahagia, namun untuk bangun semula selepas tersungkur mengambil masa yang lama.. tiada dendam dalam hati ini, namun masih ada luka2 yang belum berparut dan protes dalam diri membuat hati ini makin degil.. ya.. aku makin DEGIL.. kawan2ku mengakuinya.. kesan luka di hati ini membuatkan aku semakin sukar menghulur kasih pada insan lain… kenapa?? Sebab aku takut untuk disakiti lagi, aku takut aku tersalah memberi kasih pada yang x tahu menghargai..

nasihat seorg temanku di fb.. berilah kasih kerana Allah, dari situlah lahirnya keikhlasan, biarkan manusia yang tidak tahu menghargai kasih yang dihulur itu, percaya dan yakinlah, jika kita ikhlas memberi, suatu hari nanti pasti ada yang ikhlas menerima dirimu seadanya.. ya.. benarkan diriku menggapai bahagia yang pernah ku gapai bersamamu wahai teman.. disebalik apa yang terjadi, masih ada sinar untuk aku bahagia, bangunlah wahai jiwaku, ubatilah hati ini.. lupakan walang hati ini.. lihatlah di sekelilingku, masih ada insan  yang mahu melihat aku bhgia.. ukirlah senyuman manis untuk mereka.. 

duhai hati: jangan menghukum insan lain  kerana ada insan yang pernah melukai hati ini..

No comments:

Post a Comment